Why Buy From Us

Our Printed Promise

Our Customer Love Us

5 Sebab Utama Kenapa Anda Perlu Membeli Dari Kami

Boleh Dipercayai

Bercakap tentang kepercayaan dan kebolehpercayaan, di Image Magic Printing Company, kami memahami bahawa setiap pelanggan memerlukan perkhidmatan percetakan yang boleh dipercayai. Dengan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri percetakan dan berurusan dengan pelbagai jenis pelanggan, kami tahu apa yang terbaik untuk pelanggan kami dan sentiasa berusaha memenuhi setiap keperluan tempahan serta memastikan produk dihantar tepat pada waktunya.

Pekerja Mahir

Industri percetakan bukan sekadar mencetak dakwat atas kertas. Pengetahuan tentang bahan input, proses percetakan dan sentuhan akhir pada produk juga amat penting. Oleh itu, di Image Magic kami mempunyai pekerja yang terlatih dan berpengalaman melebihi 5 tahun dalam bidang percetakan. Mereka bersedia untuk memberi khidmat dan menyelesaikan setiap permasalahan pelanggan berkaitan percetakan.

Jentera Canggih

Mengikuti arus teknologi dalam percetakan yang menggantikan kerja manusia dengan mesin, Image Magic Printing Company sentiasa melabur untuk menaik taraf mesin percetakan dan peralatan kemasan dari semasa ke semasa dengan matlamat untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan serta meningkatkan kualiti hasil produk. Dengan kelengkapan jentera yang kami miliki sekarang, kami mampu memberikan hasil setanding pesaing lain — tetapi kami lakukannya dengan lebih baik.

Percetakan Berkualiti Tinggi

Belanjakan wang anda hanya untuk yang terbaik! Setelah sekian lama kami berkhidmat, kami tahu bahawa setiap pelanggan mahukan hasil cetakan berkualiti tinggi. Sebab itulah di Image Magic, kami menubuhkan satu kumpulan khas untuk menyemak kualiti setiap produk sebelum dihantar kepada anda. Dengan usaha ini, kami boleh jamin bahawa setiap pesanan anda akan menerima hasil cetakan terbaik daripada kami setiap kali.

Berorientasikan Perkhidmatan

Pelanggan Sentiasa Betul” — adalah motto yang kami pegang di Image Magic. Tidak kira sama ada tempahan besar atau kecil, setiap kali anda berurusan dengan kami, kami akan memastikan anda berasa selesa dengan perkhidmatan kami. Jangan risau jika anda jauh dari ibu pejabat kami — duduk dan relaks! Dari proses tempahan, pemprosesan, percetakan sehinggalah penghantaran, semuanya boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik sahaja, tidak kira di mana lokasi anda, kami akan hantar terus ke pintu anda!

Proses Tempahan Secara Online Mudah Seperti 1, 2, 3!

 

step-1-signing-up

Step 2 - Choose Option and checkout

Step 3 - Relax and we will take care the rest

Step 4 - Delivery at door step