Anda hanya boleh memuat naik satu fail setiap kotak, anda boleh memuat naik PDF, Fail ZIP dan JPG.
Fail PDF - Satu PDF Sahaja
Jika fail PDF anda mempunyai 12 halaman, muat naik terus.
Fail PDF Berganda - 12 halaman dengan 12 fail PDF.
- Jika anda mempunyai fail PDF berbilang halaman secara berurutan, sila namakan setiap fail dengan awalan 01_Namafailanda, 02_Namafailanda, 03_Namafailanda dan seterusnya.
- Anda boleh muat naik secara berasingan dengan menekan butang +.
- Jika anda mempunyai lebih daripada 12 halaman, lebih baik jika anda boleh zip dan muat naik kepada kami dalam satu fail ZIP.
Fail ZIP - Satu ZIP Sahaja
- ZIP semua fail PDF satu halaman dengan nama awalan mengikut urutan dan muat naik terus.
Pasukan kami akan menyemak fail dari segi margin, saiz dan warna. Jika terdapat sedikit isu pada fail, kami akan membuat sedikit pelarasan jika perlu dan akan terus dihantar untuk proses pengeluaran.
Saiz:
- Pastikan anda memilih saiz yang betul semasa membuat pesanan.
Fail Reakaan (Artwork)
1) Fail PDF - Ini adalah fail yang akan kami gunakan untuk cetakan. Sila simpan artwork akhir anda dalam fail PDF.
2) Sila susun halaman anda mengikut spesifikasi kami.
3) Jika buku kecil anda mempunyai halaman kosong, biarkan halaman tersebut kosong.
Contoh: Buku kecil 12 halaman disimpan dalam satu fail PDF:
Halaman 1. Kulit Hadapan
Halaman 2: Dalam Kulit Hadapan
Halaman 3: Kandungan 1
Halaman 4: Kandungan 2
Halaman 5: Kandungan 3
Halaman 6: Kandungan 4
Halaman 7: Kandungan 5
Halaman 8: Kandungan 6
Halaman 9: Kandungan 7
Halaman 10: Kandungan 8
Halaman 11: Dalam Kulit Belakang
Halaman 12: Kulit Belakang
Terma dan Syarat
- Pembayaran perlu dibuat sebelum proses pengeluaran. Sila hantarkan slip pembayaran ke [email protected] selepas
pemindahan bank atau pembayaran dibuat.
- Kelewatan pembayaran boleh menyebabkan kelewatan dalam jadual penghantaran.
Artwork
- Fail artwork perlu dimuat naik sebelum jam 5.00 petang. Muat naik lewat boleh melambatkan masa penghantaran.
- Anda juga boleh memilih untuk memuat naik kemudian dan berkongsi fail melalui wetransfer atau e-mel kepada kami di [email protected] dengan menyatakan nombor pesanan anda.
Tambah Item, Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama
- Anda boleh menambah pesanan dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama tetapi dengan artwork berbeza. Ini membantu menjimatkan masa anda untuk membuat pesanan berbilang kerja dalam satu pesanan. Sila ambil perhatian: Ini bukan tempahan pecahan kuantiti untuk rekaan berbeza.
- Sebaik sahaja anda membuat pembayaran, anda hanya akan melihat satu maklumat produk. Semua pilihan yang dipilih di sini akan digunakan untuk semua fail yang dimuat naik dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
Tidak pasti cara membuat pesanan? Klik Di Sini.