Anda hanya boleh memuat naik satu fail untuk setiap kotak. Anda boleh memuat naik fail dalam format PDF, ZIP atau JPG. 


Fail PDF – Satu Fail PDF

  • Jika fail anda adalah PDF 12 muka surat, terus muat naik fail tersebut.

Fail PDF Berganda – 12 muka surat dalam 12 fail PDF berasingan.

  • Jika anda mempunyai fail PDF berbilang muka surat secara berasingan, sila namakan setiap fail dengan awalan seperti 01_Namafailanda, 02_Namafailanda, 03_Namafailanda dan lain-lain.
  • Anda boleh muat naik satu per satu dengan menekan butang +.
  • Jika anda mempunyai lebih daripada 12 muka surat, adalah lebih baik jika anda zip dan muat naik sebagai satu fail ZIP.

Fail ZIP – Satu Fail ZIP

  • ZIP semua fail PDF berasingan dengan penamaan turutan dan muat naik terus.

Pasukan kami akan semak fail dari segi margin, saiz dan warna. Jika terdapat isu kecil pada fail, kami akan lakukan sedikit pelarasan jika perlu dan terus hantar untuk proses percetakan.

Saiz:

  • Pastikan anda memilih saiz yang betul semasa membuat pesanan.

Fail Hasil Rekaan (Artwork) 

1) Fail PDF – Ini ialah fail yang akan digunakan untuk cetakan. Sila simpan hasil rekaan akhir dalam format PDF.
2) Sila susun muka surat mengikut spesifikasi kami.
3) Jika buku kecil anda mempunyai muka surat kosong, biarkan halaman tersebut kosong.
 
Contoh: Buku kecil 12 muka surat disimpan dalam fail PDF:
Muka Surat 1: Kulit Depan
Muka Surat 2: Bahagian Dalam Kulit Depan
Muka Surat 3: Kandungan 1
Muka Surat 4: Kandungan 2
Muka Surat 5: Kandungan 3
Muka Surat 6: Kandungan 4
Muka Surat 7: Kandungan 5
Muka Surat 8: Kandungan 6
Muka Surat 9: Kandungan 7
Muka Surat 10: Kandungan 8
Muka Surat 11: Bahagian Dalam Kulit Belakang
Muka Surat 12: Kulit Belakang
 

Terma dan Syarat

  • Bayaran perlu dibuat sebelum proses cetakan bermula. Sila hantarkan bukti bayaran ke [email protected] selepas pindahan bank atau pembayaran dibuat.
  • Bayaran lewat boleh menyebabkan kelewatan dalam jadual penghantaran.

 Hasil Rekaan (Artwork)

  • Fail rekaan perlu dimuat naik sebelum jam 5.00 petang. Muat naik selepas waktu ini mungkin menyebabkan kelewatan penghantaran.
  • Anda juga boleh memilih untuk memuat naik kemudian dan hantarkan fail melalui WeTransfer atau e-mel kepada kami di [email protected] dengan menyatakan nombor pesanan anda.

Tambah Item, Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama

  • Anda boleh tambah pesanan dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama tetapi rekaan yang berbeza. Ini membantu menjimatkan masa untuk membuat banyak pesanan. Sila ambil perhatian: Ini bukan pesanan pecahan kuantiti untuk rekaan yang berbeza.
  • Sebaik sahaja anda buat bayaran, anda hanya akan melihat satu maklumat produk, dan semua pilihan yang dipilih di sini akan digunakan untuk semua fail yang anda muat naik dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.

Tak pasti cara untuk buat pesanan? Klik di sini.

Panduan hantar fail melalui WeTransfer: Klik di sini.



*