View all Support Guides


Panduan Warna


Perbezaan Julat Warna

Dalam sistem RGB, warna dihasilkan daripada gabungan Merah (Red)、Hijau (Green) dan Biru (Blue), manakala sistem CMYK menggunakan Cyan、Magenta、Kuning (Yellow) dan Hitam (Black).

CMYK Gamut Color RGB Color Gamut

RGB digambarkan sebagai sistem aditif. Bermula daripada keadaan tanpa cahaya, RGB menambahkan cahaya daripada tiga warna primer iaitu merah, hijau dan biru untuk menghasilkan warna. Apabila ketiga-tiga warna cahaya ini digabungkan, warna putih akan terhasil. Sistem RGB biasanya digunakan oleh peranti seperti skrin TV, monitor komputer dan projektor. Oleh itu, RGB tidak sesuai digunakan untuk tujuan percetakan.

CMYK pula digambarkan sebagai sistem subtraktif. Latar belakang bermula dengan warna putih, yang memantulkan semua warna dalam spektrum. Apabila warna ditambahkan, panjang gelombang cahaya yang boleh dipantulkan akan menjadi semakin terhad. Maka, sistem CMYK dikatakan menolak panjang gelombang cahaya yang tidak diingini untuk menghasilkan warna yang dikehendaki. CMYK digunakan untuk menghasilkan warna melalui pencampuran, menjadikannya sistem sintesis warna yang lebih sesuai bagi tujuan percetakan.

Mengapa Cetakan Menggunakan CMYK?

Mesin cetak komersial menghasilkan warna dengan mencampurkan dakwat. Empat warna utama iaitu Cyan、Magenta、Kuning (Yellow) dan Hitam (Black) dicampur bersama untuk menghasilkan warna pada latar belakang kertas putih. Fail gambar dalam format RGB sesuai digunakan untuk peranti seperti skrin elektronik dan projektor yang menghasilkan imej berwarna melalui sumber cahaya. Namun begitu, sistem RGB tidak direka bentuk untuk pencetak menghasilkan warna menggunakan dakwat. Oleh itu, semua fail dalam format RGB yang dihantar untuk percetakan akan ditukar kepada format CMYK.

Walau bagaimanapun, kerana RGB mempunyai julat warna yang lebih luas berbanding CMYK, beberapa warna tertentu akan terjejas semasa proses penukaran, terutamanya untuk warna seperti jingga terang dan hijau cerah.

RGB Picture Before Conversion to CMYK CMYK Picture After Conversion from RGB

Adalah lebih baik untuk menghasilkan imej terus dalam format CMYK atau menukar mana-mana fail gambar RGB kepada CMYK sekiranya anda mahukan warna yang lebih tepat seperti mana ia akan terpapar dalam hasil cetakan karya seni anda.

Kesimpulannya

Setiap kali anda menghantar karya seni dalam format RGB atau CMYK, semua fail gambar akan ditukar kepada CMYK sebelum proses percetakan.

Bagi memastikan warna yang anda inginkan dicetak dengan tepat, sila tukar fail gambar anda kepada format CMYK dan semak terlebih dahulu sebelum dihantar. Atau, anda juga boleh meminta cetakan contoh (printed proof) daripada kami sebelum produksi secara besar-besaran dilakukan.