Cetakan Mug Putih:
Pasukan kami akan melakukan semakan asas ke atas fail artwork anda dari segi saiz, margin, tetapan warna dan kesediaan cetakan.
Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringkas akan dibuat sebelum fail dihantar untuk pengeluaran.
📐 1) Saiz & Kawasan Cetakan
- Sila pastikan saiz artwork sepadan dengan saiz mug yang dipilih.
- Artwork perlu disediakan pada saiz sebenar (1:1).
- Elakkan meletakkan elemen penting terlalu hampir dengan tepi kawasan cetakan.
- Reka bentuk sebaiknya berada di tengah kawasan cetakan untuk hasil terbaik.
🎨 2) Tetapan Artwork & Warna
- Mod warna: CMYK.
- Resolusi imej disyorkan: 300dpi.
- Semua fon perlu ditukar kepada outline.
- Elakkan warna terlalu cerah atau teks terlalu halus yang mungkin kurang jelas selepas cetakan.
⚠️ Perhatian:
Warna cetakan akhir mungkin berbeza sedikit berbanding paparan skrin kerana permukaan mug dan proses pemindahan haba.
⬆️ 3) Muat Naik Artwork
- Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
- Pastikan fail yang dimuat naik sepadan dengan spesifikasi yang dipilih.
- Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang.
- Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
-
Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke
[email protected]
dengan menyertakan Nombor Pesanan.
➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)
- Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
- Pilihan ini bukan untuk pecahan kuantiti bagi reka bentuk berbeza.
- Semua pilihan akan digunakan pada setiap artwork di bawah item ini.