[Economy] Brosur Panjang: Pasukan kami akan melakukan semakan asas artwork (saiz, margin, susun atur dan warna). Jika terdapat isu kecil, pembetulan ringan mungkin dibuat sebelum dihantar ke proses produksi.

✅ Senarai Semak Muat Naik

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI
  • Saiz artwork mestilah sama dengan saiz yang dipilih.
  • Bleed: Tambah 3mm bleed jika latar belakang sampai ke tepi.
  • Safe area: Pastikan teks & logo penting berada sekurang-kurangnya 3–5mm dari tepi potong.
  • Mod warna: CMYK disyorkan.
  • Resolusi: 300dpi disyorkan.
  • Font: Outline atau embed font sebelum eksport.

📄 1) Susun Atur Artwork (Brosur Panjang)

  • Sediakan artwork sebagai satu susun atur panjang berterusan mengikut saiz dipilih.
  • Jika terdapat lipatan, pastikan kandungan diletakkan dengan betul pada setiap panel.
  • Elakkan meletakkan teks atau logo penting terlalu hampir dengan garis lipatan.

🧾 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu artwork bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail yang dimuat naik sepadan dengan spesifikasi yang dipilih.

⏳ 3) Penyerahan Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual produksi dan penghantaran.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Ini bukan pesanan pecahan kuantiti untuk reka bentuk berbeza.
*