Cara Buat Tempahan Cetakan

Ikuti langkah ini untuk membuat tempahan di Image Magic — dari pilih produk hingga bayaran dan pengesahan penghantaran.

Panduan tempahan langkah demi langkah

  1. Pilih produk. Layari All Products atau guna carian. Jika produk tiada, WhatsApp kami: +6012 651 2849.
  2. Pilih spesifikasi. Pilih saiz, kuantiti, jenis kertas dan finishing, kemudian klik Get Started.
  3. Muat naik fail artwork sedia cetak. Jika perlukan bantuan, sila rujuk Support Guides.
  4. Daftar akaun atau log masuk. Masukkan maklumat anda atau log masuk jika pelanggan sedia ada.
  5. Checkout. Semak butiran pesanan & penghantaran dan sahkan.
  6. Bayaran. Bayar menggunakan kad kredit atau bank-in. Jika bank-in, sila hantar slip pembayaran ke WhatsApp +6012 651 2849 atau emel [email protected].
  7. Pengesahan penghantaran. Apabila pesanan sedia dihantar, kami akan emel pengesahan penghantaran.

Video: Proses Tempahan