Cetakan Canvas Tote Bag: Team kami akan buat pemeriksaan asas fail (saiz cetakan, posisi & kejelasan artwork). Sila ikut panduan di bawah untuk memastikan hasil cetakan terbaik.

✅ Senarai Semak (Checklist) Untuk Upload

  • Format disyorkan: PDF (paling sesuai)
  • Artwork mesti berada dalam Printable Area (logo/teks penting).
  • Susun fail ikut muka yang betul: Front / Back (jika ada).
  • Jangan guna teks/garisan terlalu nipis (elak pecah atau kurang jelas).
  • Silkscreen 1C: artwork vector sahaja, 1 warna solid sahaja (tiada gradient/tint).
  • UV Printing 4C: boleh guna CMYK (flatten layer sebelum export).

📌 1) Pilih Jenis Cetakan

  • Silkscreen Printing (1C) — Cetakan 1 warna (sesuai untuk logo/teks).
  • UV Printing (4C) — Cetakan full color (sesuai untuk design berwarna).

⚠️ PENTING: Toleransi posisi cetakan ±10mm
Cetakan atas kain mungkin ada sedikit pergerakan posisi. Elakkan letak teks/logo penting terlalu dekat pada tepi printable area.

📏 2) Printable Area & Saiz (Sangat Penting)

Sila download dan ikut template produk. Pastikan artwork berada dalam Printable Area. Design yang berada di luar printable area mungkin akan terpotong atau tidak dicetak.

📌 Rujukan Printable Area (Contoh)

  • Silkscreen (1C) Printable Area contoh:
    • CT8-A3: 180mm × 290mm
    • CTD12-A3: 310mm × 230mm
  • UV Printing (4C) Printable Area contoh:
    • UPTB: 250mm × 210mm

*Printable area sebenar bergantung kepada model & template yang dipilih. Sila ikut template yang disediakan.

🎨 3) Keperluan Artwork Mengikut Jenis Cetakan

Silkscreen Printing (1C)

  • Vector sahaja (AI / PDF vector).
  • 1 warna solid sahaja (tiada tint, tiada gradient, tiada shadow).
  • Jika warna cetakan Putih, disyorkan guna stroke lebih tebal untuk hasil lebih jelas.
  • Hantar 1 fail PDF sahaja (buang semua guideline/template notes sebelum export).

UV Printing (4C)

  • Boleh guna CMYK (full color).
  • Jika fail ada banyak layer/effect, sila flatten artwork sebelum export PDF.
  • Gunakan gambar resolusi tinggi jika perlu (300dpi disyorkan).
  • Hantar dalam format PDF untuk kualiti terbaik.

🔤 4) Saiz Teks & Ketebalan Garisan Minimum

  • Saiz font minimum: tidak lebih kecil daripada 4mm tinggi.
  • Ketebalan garisan minimum (Normal printing):0.4mm ke atas.
  • Reverse printing (teks cerah atas latar gelap): guna bentuk lebih tebal untuk jelas.
  • Cetakan 1C: pastikan teks & garisan dalam 1 warna sahaja untuk elak kabur.

🧾 5) Susunan Fail (Front / Back)

  • Cetak 1 muka: Page 1 / PDF 1 = Front
  • Cetak 2 muka:
    • Page 1 / PDF 1 = Front
    • Page 2 / PDF 2 = Back

⏳ 6) Masa Penghantaran Artwork

  • Artwork disyorkan upload sebelum 5:00 PM. Upload lewat mungkin menjejaskan jadual produksi.
  • Jika anda pilih Upload Later, sila hantar melalui WeTransfer atau email ke [email protected] dan sertakan Nombor Order.

➕ Add Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh tambah item spesifikasi & kuantiti sama tetapi artwork berlainan untuk jimat masa.
  • Sila ambil perhatian: Ini bukan pecahan kuantiti untuk design berbeza.

Perlukan bantuan?

WhatsApp kami dan team akan bantu semak sebelum print.

*