Menu Sheet: Pasukan kami akan melakukan semakan asas pada fail artwork anda dari segi saiz, margin, bleed dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan kecil akan dibuat sebelum fail dihantar untuk pengeluaran.

📐 Pemilihan Saiz

  • Sila pastikan saiz menu yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork mestilah disediakan dalam saiz sebenar (skala 1:1).
  • Saiz yang tidak tepat boleh menyebabkan isu pemotongan atau penjajaran.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI / JPG resolusi tinggi.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 300dpi pada saiz sebenar (minimum 150dpi).
  • Fon: Tukarkan semua fon kepada outline atau pastikan fon di-embed.
  • Pastikan artwork telah diratakan (flattened) dan sedia untuk cetakan.

⚠️ Zon Selamat & Elaun Pemotongan:
Pastikan semua teks penting, logo dan maklumat utama berada sekurang-kurangnya 3–5mm dari tepi untuk mengelakkan pemotongan.

📄 2) Artwork Satu / Dua Muka

  • Cetakan satu muka: hanya butang Artwork – Hadapan akan dipaparkan.
  • Cetakan dua muka: butang Artwork – Hadapan dan Artwork – Belakang akan dipaparkan.
  • Sila muat naik artwork yang betul ke bahagian yang berkaitan.

⬆️ 3) Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika anda memilih Upload Later, sila hantarkan fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] berserta Nombor Pesanan anda.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Pilihan ini tidak menyokong pembahagian kuantiti untuk reka bentuk berbeza.
  • Semua pilihan akan digunakan untuk setiap artwork yang dimuat naik di bawah item ini.

*