Window Stickers: Pasukan kami akan membuat pemeriksaan asas pada fail artwork anda merangkumi saiz, margin dan tetapan warna. Sekiranya terdapat isu kecil, pelarasan ringan mungkin dilakukan sebelum dihantar untuk produksi.

🪟 Nota Penting (Window Sticker)
Sila tentukan sama ada pelekat dipasang dari dalam atau luar cermin. Arah paparan artwork (normal atau mirror) perlu disediakan dengan betul sebelum muat naik.

✅ Senarai Semak Fail Disyorkan

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 150–300dpi pada saiz sebenar.
  • Fon: Tukarkan semua fon kepada outline atau embed.
  • Bleed: Tambah 3–5mm jika latar belakang sampai ke tepi.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Artwork mesti disediakan pada saiz sebenar (1:1).
  • Pastikan saiz artwork sepadan dengan spesifikasi yang dipilih.
  • Jika memerlukan potongan bentuk khas, sediakan garisan potong (cutline) dalam warna spot dan diasingkan.
  • Untuk pemasangan dari dalam cermin, artwork mungkin perlu disediakan dalam versi mirror.

⚠️ Safe Area & Potongan:
Pastikan semua teks penting, logo dan elemen utama berada sekurang-kurangnya 3–5mm dari tepi bagi mengelakkan terpotong semasa proses kemasan.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail yang dimuat naik adalah versi terakhir dan siap cetak.

⏳ 3) Masa Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual produksi dan penghantaran.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Opsyen ini bukan untuk membahagikan kuantiti bagi reka bentuk berbeza.
  • Semua pilihan akan digunakan kepada setiap artwork yang dimuat naik.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*