Cetakan Penanda Buku (Bookmarks): Pasukan kami akan membuat semakan asas artwork (saiz, margin, bleed dan tetapan warna). Jika terdapat isu kecil, pelarasan kecil akan dibuat sebelum dihantar untuk pengeluaran.

✅ Senarai Semak Muat Naik

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI
  • Saiz artwork mesti sama seperti saiz bookmark yang dipilih.
  • Bleed: Tambah 3mm bleed pada semua sisi jika latar belakang sampai ke tepi.
  • Zon selamat: Pastikan teks & logo penting sekurang-kurangnya 3–5mm dari tepi potongan.
  • Mod warna: CMYK disyorkan.
  • Resolusi: 300dpi disyorkan untuk imej.
  • Fon: Outline atau embed fon sebelum eksport.
  • Garis halus: Minimum 0.3pt disyorkan untuk cetakan lebih kemas.

⚠️ Penting (Bookmarks)
Bookmark mempunyai saiz yang kecil dan memanjang. Elakkan meletakkan teks penting terlalu dekat dengan tepi. Jika menggunakan latar gelap, pastikan warna teks mempunyai kontras yang jelas.

📄 1) Penyediaan Artwork

  • Sediakan satu fail akhir (print-ready) mengikut saiz yang dipilih.
  • Jika bookmark anda dua muka, sediakan artwork Front dan Back dengan betul.
  • Tidak perlu letak crop marks (disyorkan eksport PDF yang bersih).

🧾 2) Muat Naik Fail (Satu / Dua Muka)

  • Cetakan satu muka: hanya Artwork–Front Page akan dipaparkan.
  • Cetakan dua muka:Artwork–Front dan Artwork–Back akan dipaparkan.
  • Sila muat naik fail pada bahagian yang sepadan.

⏳ 3) Penyerahan Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 PM. Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran.
  • Jika pilih Upload Later, sila e-mel fail kepada [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh tambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Ini bukan pecahan kuantiti untuk reka bentuk berbeza.
  • Semua fail akan mengikut pilihan yang sama dalam pesanan ini.
*