Bantuan dan Spesifikasi Karya Seni

Bantuan Artwork & Spesifikasi Fail Cetakan
Semak artwork, design online, dan upload fail print-ready dengan yakin.
Perkhidmatan Artwork Kami

Personal Artworkers
SERVIS PERCUMA
Nak buat sedikit edit sebelum confirm? Atau nak kami buat semakan terakhir secara profesional? Personal Artworkers kami membantu semakan sebelum dan selepas order untuk anda lebih yakin sebelum print.

Design Online Tool
TOOL DIY PERCUMA
Buat design sendiri menggunakan tool drag-and-drop. Pilih template atau mula dari blank canvas. Tersedia untuk produk popular seperti name card dan flyer kuantiti kecil.

Cara Upload Fail Print-Ready & Proses Tempahan

Langkah 1: Pilih spesifikasi, kemudian klik Get Started.

Langkah 2: Upload fail print-ready atau guna studio design online untuk buat dari awal.

Langkah 3: Upload fail. Jika lebih 50MB, pilih Upload Later dan hantar melalui WeTransfer.

Add Item (Same Spec, Same Qty+): untuk order spesifikasi & kuantiti sama dan upload artwork lain.

Akaun: Pengguna baru? Daftar dan isi maklumat lengkap supaya kami mudah hubungi jika ada isu.

Checkout: Semak spesifikasi, pilih shipping & payment, kemudian lengkapkan order. Kami akan maklumkan bila siap.
Video Panduan: Cara Order Printing
Spesifikasi Artwork (Print-Ready)
✅ Format Fail: PDF atau JPEG (digalakkan)
✅ Mode Warna: CMYK
✅ Bleed: 3mm sekeliling
✅ Resolusi: sekurang-kurangnya 300 dpi
✅ Font: outline atau embed
✅ Safe Zone: pastikan teks/elemen berada dalam kawasan selamat
Cara Export Fail PDF
Anda boleh tukarkan artwork kepada PDF menggunakan tool percuma: smallpdf.com
Jenis Fail Yang Diterima
Kami utamakan PDF atau JPEG, dan turut menerima: AI, EPS, PPTX, TIFF, DOC.
Had Saiz Fail (50MB)
Saiz maksimum upload ialah 50MB. Jika lebih besar, klik Upload Later untuk lengkapkan order, kemudian hantar fail melalui WeTransfer bersama nombor rujukan order ke [email protected] atau WhatsApp link download ke 012-6512849.
Warna
Warna RGB dan Pantone akan ditukar kepada CMYK secara automatik dan mungkin berubah sedikit bila dicetak. Warna juga boleh berbeza antara batch bergantung kepada mesin dan jenis kertas.
