Kad Nama Custom Shape (Die Cut): Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail (saiz, margin & warna). Jika terdapat isu kecil, kami akan buat pembetulan ringkas jika perlu dan teruskan untuk produksi.

✅ Panduan Upload (Depan / Belakang)

  • Artwork–Front Page: Upload design depan
  • Artwork–Back Page: Upload design belakang (jika dua muka)
  • Format disyorkan: PDF (paling digalakkan) / AI
  • Nama fail (disyorkan): CustomCard-Front.pdf, CustomCard-Back.pdf

Nota: Untuk cetakan dua muka, sila upload 2 fail berasingan (Front & Back).

📦 Mempunyai Banyak Fail? Sila Muat Naik dalam Format ZIP

Jika fail artwork anda terdiri daripada berbilang fail atau folder (seperti PDF, AI, imej, fon, fail pautan atau dokumen sokongan), sila gabungkan semua fail berkaitan ke dalam SATU fail ZIP sebelum memuat naik.

  • ✅ Gabungkan semua fail artwork ke dalam SATU fail ZIP.
  • ✅ Sertakan semua imej pautan, fon atau fail sokongan jika diperlukan.
  • ❌ Jangan muat naik beberapa fail secara berasingan.

Ini membantu kami memastikan tiada fail yang tertinggal dan membolehkan pesanan anda diproses dengan lebih cepat serta tepat.

⚠️ PENTING — Die Cut Line Wajib: Kad custom shape mesti ada garisan potong (die cut line). Jika tiada atau tidak betul, bentuk akhir mungkin salah.

✂️ Cara Sediakan Die Cut Line (Mudah)

  • Hasilkan garisan potong dalam bentuk vector outline (AI/PDF vector digalakkan).
  • Garisan potong mesti 1 path berterusan (bukan putus-putus).
  • Letakkan die cut line sebagai stroke sahaja (tiada fill) dan pada layer berasingan bernama: DIE CUT.
  • Pastikan bentuk smooth, elakkan terlalu banyak bucu tajam atau detail kecil.
  • Simpan teks/logo penting sekurang-kurangnya 3–5mm di dalam dari garisan potong.
  • Jika background sampai tepi, tambah 3mm bleed melepasi garisan potong.

📌 Keperluan Artwork Standard

  • Pilih saiz yang betul semasa order (artwork mesti ikut saiz dipilih).
  • Resolution: 300dpi (digalakkan).
  • Color mode: CMYK (digalakkan).
  • Font: outline / embed font dalam PDF untuk elak font hilang.
  • Elak border dekat tepi: proses potong mungkin tidak 100% tepat di tengah.

⏳ Masa Akhir Upload

  • Upload sebelum 5:00 PM. Upload lewat boleh menyebabkan kelewatan produksi & penghantaran.
  • Jika pilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau email ke [email protected] dan nyatakan Nombor Order.

💳 Terma & Syarat

  • Bayaran perlu dibuat sebelum produksi. Sila email resit pembayaran ke [email protected].
  • Bayaran lewat boleh menyebabkan kelewatan jadual produksi & penghantaran.

➕ Add Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh tambah item dengan spesifikasi & kuantiti yang sama tetapi artwork berbeza untuk jimat masa.
    Nota: Ini bukan pecahan kuantiti untuk design berlainan.
  • Selepas checkout, pilihan yang dipilih akan digunakan untuk semua fail yang dimuat naik bagi spesifikasi & kuantiti yang sama.

Muat turun Garis Panduan Produk

The uploaded file may not meet one or more required specifications. Please review, correct if necessary, and reupload.
*