Beach Flags: Pasukan kami akan membuat semakan asas ke atas fail artwork anda termasuk saiz, margin dan tetapan warna. Sekiranya terdapat isu kecil, pelarasan kecil akan dibuat sebelum fail dihantar terus untuk pengeluaran.

📐 Pemilihan Saiz

  • Sila pastikan saiz Beach Flag yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork mestilah disediakan dalam saiz sebenar (skala 1:1).
  • Saiz yang tidak tepat boleh menyebabkan masalah pemotongan atau pemasangan.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 150–300dpi pada saiz sebenar.
  • Fon: Tukarkan semua fon kepada outline atau embed fon.
  • Pastikan artwork diratakan (flatten) dan sedia untuk cetakan.
  • Penting: Pastikan teks tidak terbalik apabila flag dipasang.

⚠️ Ruang Selamat & Elaun Kemasan:
Beach Flag memerlukan proses kemasan seperti jahitan, lipatan dan poket tiang. Sila pastikan semua teks, logo dan elemen penting berada sekurang-kurangnya 30–50mm dari tepi (terutamanya bahagian tiang dan bahagian atas melengkung) untuk mengelakkan kandungan terpotong selepas dijahit.

✅ Tip Terbaik:
Elakkan teks kecil berhampiran bahagian atas yang melengkung. Gunakan saiz fon yang lebih besar dan letakkan mesej utama di bahagian tengah flag.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail sepadan dengan saiz dan jenis flag yang dipilih.

⏳ 3) Masa Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika anda memilih Muat Naik Kemudian, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama untuk menjimatkan masa.
  • Pilihan ini tidak menyokong pembahagian kuantiti untuk reka bentuk berbeza.
*