Percetakan Bib Marathon: Kami akan membantu menjana setiap bib dengan maklumat peserta seperti Nama, Nombor Bib, Kumpulan Darah dan Hubungan Kecemasan. Untuk memastikan proses berjalan lancar, sila sediakan fail dengan betul sebelum memuat naik.

✅ Muat Naik Diperlukan (Fail ZIP Sahaja)

Sila muat naik SATU (1) fail ZIP yang mengandungi:

  • Fail Artwork (reka bentuk / templat latar belakang bib)
  • Fail Excel (senarai maklumat peserta)

⚠️ Penting: Jangan muat naik artwork sahaja. Kami memerlukan fail Excel dan artwork bersama untuk menjana bib dengan betul.

📌 Maklumat Diperlukan Dalam Excel

  • Nama
  • Nombor Bib
  • Kumpulan Darah (pilihan jika tidak diperlukan)
  • Nama Hubungan Kecemasan
  • Nombor Telefon Hubungan Kecemasan

✅ Semakan & Pengesahan: Selepas artwork bib dijana, kami akan menghantar fail PDF untuk semakan melalui WhatsApp sebelum cetakan.

🖼️ Keperluan Asas Artwork (Disyorkan)

  • Format digalakkan: PDF (disyorkan) / AI / PSD
  • Resolusi: 300dpi untuk kualiti cetakan terbaik
  • Mod warna: CMYK (disyorkan)
  • Zon selamat: Pastikan teks/logo penting sekurang-kurangnya 5mm dari tepi
  • Bleed: Tambah 3mm bleed jika reka bentuk hingga ke tepi
  • Fon: Tukar fon kepada outline atau embed fon dalam PDF

⏳ Had Masa Muat Naik Artwork

  • Fail mesti dimuat naik sebelum 5:00 PM. Muat naik lewat boleh melambatkan pengeluaran dan penghantaran.
  • Hanya muat naik SATU (1) fail ZIP bagi setiap item pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah item dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama tetapi artwork berbeza (jika perlu).
  • Spesifikasi yang dipilih akan digunakan untuk semua fail dalam pesanan yang sama.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*