Cetakan Canvas: Pasukan kami akan melakukan semakan asas pada saiz imej, margin dan kesesuaian cetakan. Pelarasan kecil mungkin dibuat jika perlu sebelum diteruskan ke proses produksi.

✅ Senarai Semak Muat Naik Pantas

  • Format fail disyorkan: JPG / PNG / PDF
  • Resolusi imej: 300dpi disyorkan untuk kualiti cetakan terbaik
  • Saiz imej: Mesti sepadan dengan saiz canvas yang dipilih semasa membuat pesanan
  • Mod warna: RGB atau CMYK diterima
  • Elakkan: Tangkapan skrin, imej media sosial yang dimampatkan atau fail resolusi rendah
  • Kawasan selamat: Pastikan elemen penting sekurang-kurangnya 30–40mm dari tepi untuk mengelakkan ia terlipat pada bahagian sisi canvas
⚠️ Notis Penting Canvas Wrap
Cetakan canvas akan diregangkan pada bingkai kayu. Bahagian tepi imej anda mungkin akan meliputi sisi bingkai.

Pastikan elemen penting seperti wajah, logo atau teks tidak diletakkan terlalu dekat dengan tepi.

📐 Saiz Canvas

  • Pastikan nisbah imej anda sepadan dengan saiz canvas yang dipilih.
  • Jika nisbah imej tidak sepadan, pemotongan kecil mungkin berlaku.
  • Imej yang terlalu kecil mungkin kelihatan pecah atau kabur apabila dicetak.

🖼️ Tips Kualiti Imej

  • Gunakan imej resolusi tinggi daripada kamera atau telefon pintar.
  • Elakkan memuat turun imej dari Facebook, Instagram atau WhatsApp kerana biasanya telah dimampatkan.
  • Foto yang terang dan jelas akan menghasilkan cetakan canvas yang lebih baik.
  • Jangan besarkan imej kecil secara berlebihan kerana ia boleh menjejaskan kualiti cetakan.

⬆️ Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang. Muat naik lewat boleh melambatkan proses produksi.
  • Jika anda memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Ini bukan pesanan pecahan kuantiti untuk reka bentuk berbeza.
  • Semua pilihan yang dipilih akan digunakan pada semua fail yang dimuat naik dalam pesanan yang sama.
Perlukan bantuan menyediakan artwork canvas?
WhatsApp kami dan pasukan kami akan membantu sebelum proses cetakan.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*