Dokumen Corner Staple: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail (saiz, margin, turutan muka surat dan kesesuaian cetakan). Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringan mungkin dibuat sebelum diteruskan ke produksi.

✅ Senarai Semak Muat Naik Pantas

  • Format disyorkan: PDF (fail siap cetak)
  • Saiz halaman: Mesti sama seperti saiz yang dipilih di halaman ini
  • Mod warna: CMYK (untuk warna) / Grayscale (untuk hitam putih) disyorkan
  • Resolusi: 300dpi disyorkan (untuk gambar)
  • Font: Outline atau embed font dalam PDF
  • Margin selamat corner staple: Jauhkan kandungan penting sekurang-kurangnya 12mm dari sudut staple
⚠️ Penting — Corner Staple
Sila pastikan minimum 12mm margin selamat di sudut yang akan di-staple. Teks atau design dalam kawasan ini mungkin tertutup, rosak atau sukar dibaca selepas staple.

📄 Penyediaan Fail Artwork

  • Hantar SATU fail PDF sahaja yang mengandungi semua muka surat.
  • Muka surat mesti disusun mengikut turutan bacaan (Page 1 → Page 2 → Page 3...).
  • Jika ada muka surat kosong, sila kekalkan muka surat kosong dalam PDF (jangan buang).
  • Jangan hantar printer spreads / imposition. Sila hantar sebagai halaman tunggal (single pages).

📘 Contoh: Dokumen Corner Staple (1 Fail PDF)

  • Page 1: Muka Surat Pertama / Cover
  • Page 2–(Akhir-1): Muka Surat Kandungan
  • Page Akhir: Muka Surat Terakhir (jika ada)

Tip: Jika cetakan dua muka (double-sided), susun muka surat seperti biasa — kami akan cetak dan staple mengikut turutan.

📌 Kedudukan Staple & Kawasan Selamat

  • Staple akan dibuat pada sudut dokumen.
  • Elakkan letak nombor muka surat, logo, QR code, tandatangan atau teks penting berhampiran sudut staple.
  • Untuk hasil terbaik, pastikan kandungan penting berada dalam kawasan selamat (sekurang-kurangnya 12mm dari sudut staple).

⬆️ Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang. Muat naik lewat boleh melambatkan produksi.
  • Jika pilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.

➕ Add Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh tambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Ini bukan pecahan kuantiti untuk reka bentuk berlainan.
  • Semua pilihan akan digunakan pada semua fail yang dimuat naik untuk job yang sama.
Perlukan bantuan sediakan fail Corner Staple?
WhatsApp kami dan pasukan kami akan bantu sebelum cetakan.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*