Cetakan Key Folder: Team kami akan buat pemeriksaan asas fail (saiz, margin, kawasan lipatan & warna). Jika ada isu kecil, kami mungkin buat pembetulan kecil yang perlu dan teruskan untuk produksi.

✅ Checklist Untuk Upload

  • Format disyorkan: PDF (paling sesuai) / AI
  • Pilih model saiz yang betul di halaman ini (contoh FKF001 / FKF002).
  • Jangan resize template/dieline.
  • Bleed: Tambah 3mm bleed jika background sampai ke tepi.
  • Safe area: Pastikan teks/logo penting sekurang-kurangnya 3–5mm ke dalam dari cut line.
  • Kawasan lipatan/gam: Elak letak teks/logo penting pada fold line atau kawasan gam.
  • Gambar: 300dpi disyorkan.
  • Color mode: CMYK disyorkan.
  • Font: Outline atau embed font sebelum export PDF.

📌 1) Saiz / Pilihan Model (Penting)

  • Sila pilih saiz Model Key Folder yang betul sebelum upload.
  • Artwork mesti ikut saiz model yang dipilih. Saiz salah boleh menyebabkan potong/lipat tidak align.

⚠️ PENTING — Jangan ubah struktur dieline
Sila jangan ubah kedudukan cut line / fold line. Letakkan design hanya dalam kawasan artwork template.

🧾 2) Upload 1 Muka / 2 Muka

  • Cetak 1 muka: hanya Artwork–Front Page akan dipaparkan.
  • Cetak 2 muka:Artwork–Front dan Artwork–Back akan dipaparkan.
  • Best practice: Upload fail yang betul pada butang yang betul (Front ke Front, Back ke Back).

🎨 3) Nota Penyediaan Fail (Key Folder)

  • Jauhkan teks/logo dari fold line untuk elak pecah/terdistorsi selepas lipatan.
  • Elak letak info penting dekat tepi potong (potongan ada toleransi).
  • Background penuh: extend ke bleed jika tutup keseluruhan kawasan.
  • Export disyorkan: PDF (High Quality Print).

⏳ 4) Masa Penghantaran Artwork

  • Artwork disyorkan upload sebelum 5:00 PM. Upload lewat mungkin melambatkan jadual produksi.
  • Jika pilih Upload Later, sila hantar melalui WeTransfer atau email ke [email protected] dan sertakan Nombor Order.

➕ Add Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh tambah item spesifikasi & kuantiti sama tetapi artwork berlainan untuk jimat masa.
  • Sila ambil perhatian: Ini bukan pecahan kuantiti untuk design berbeza.
*