ID Card: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail (saiz, margin, penjajaran dan tetapan warna). Pelarasan kecil mungkin dibuat jika perlu sebelum diteruskan ke proses produksi.

✅ Senarai Semak Muat Naik Pantas

  • Format disyorkan: PDF (siap cetak) / AI
  • Saiz fail: Mesti sama dengan saiz ID card yang dipilih
  • Bleed: Tambah 3mm bleed jika latar belakang hingga ke tepi
  • Kawasan selamat: Pastikan teks/logo sekurang-kurangnya 3–5mm dari tepi
  • Mod warna: CMYK disyorkan
  • Resolusi gambar: 300dpi disyorkan
  • Font: Outline atau embed font sebelum eksport PDF

🪪 Rekaan Sama / Maklumat Berbeza

1️⃣ Rekaan Sama (Semua Kad Sama)

  • Muat naik fail Artwork–Front.
  • Jika cetakan dua muka, muat naik juga Artwork–Back.
  • Sesuai jika semua kad mempunyai rekaan dan maklumat yang sama.

2️⃣ Nama / Maklumat Berbeza (Variable Data)

  • Jika anda mempunyai fail siap cetak untuk setiap kad, ZIP semua PDF dalam 1 fail ZIP dan muat naik di bahagian Artwork–Front.
  • Jika anda mahu kami jana ID card berdasarkan senarai nama:
    • Muat naik Artwork Front
    • Muat naik Artwork Back (jika ada)
    • Muat naik Fail Excel yang mengandungi senarai nama / nombor ID / jabatan dan lain-lain
  • Pasukan kami akan menjana artwork dan menghantar PDF untuk pengesahan sebelum cetakan besar-besaran.

📊 Panduan Fail Excel (Jika Diperlukan)

  • Gunakan tajuk lajur yang jelas (contoh: Nama, No IC, No Keahlian, Jabatan).
  • Pastikan semua ejaan dan maklumat adalah muktamad sebelum dihantar.
  • 1 baris = 1 kad.
  • Jika ada gambar individu, sediakan dalam resolusi tinggi (300dpi).

⬆️ Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang. Muat naik lewat boleh melambatkan jadual produksi.
  • Jika pilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.
Perlukan bantuan menyediakan fail ID Card?
WhatsApp kami dan pasukan kami akan bantu sebelum cetakan.
*