Kad Perniagaan Logam Hitam: Team kami akan membuat semakan asas fail (saiz, margin, kejelasan artwork & kontras warna). Jika terdapat isu kecil, pembetulan kecil mungkin dibuat sebelum diteruskan ke produksi.

✅ Senarai Semak Upload

  • Format disyorkan: PDF (paling sesuai) / AI
  • Saiz artwork mesti sama dengan saiz yang dipilih pada halaman ini.
  • Bleed: Tidak diperlukan untuk kad logam.
  • Safe area: Pastikan kandungan penting sekurang-kurangnya 2–3mm dari tepi.
  • Mod warna: CMYK disyorkan.
  • Font: Outline atau embed font sebelum export.
  • Ketebalan garisan minimum: ≥ 0.3pt disyorkan untuk hasil terbaik.

⚠️ PENTING — Ciri Cetakan Kad Logam
Kad logam hitam memerlukan kontras tinggi. Warna cerah, putih atau efek metalik memberikan keterlihatan terbaik. Teks terlalu kecil atau garisan terlalu nipis mungkin tidak jelas pada permukaan logam.

📌 1) Pemilihan Saiz

  • Sila pastikan saiz yang dipilih sama tepat dengan artwork anda.
  • Saiz yang salah boleh menjejaskan alignment atau kedudukan tepi.

🧾 2) Upload 1 Muka / 2 Muka

  • Cetak 1 muka: hanya butang Artwork–Front Page akan dipaparkan.
  • Cetak 2 muka: butang Artwork–Front dan Artwork–Back akan dipaparkan.
  • Sila upload design yang betul pada bahagian yang sepadan.

🎨 3) Tip Rekaan Artwork (Kad Logam)

  • Gunakan warna cerah atau putih untuk kontras lebih jelas pada logam hitam.
  • Elakkan teks terlalu kecil, garisan terlalu nipis atau gradient yang kompleks.
  • Artwork vektor solid memberikan hasil paling kemas dan tajam.
  • Kawasan warna yang besar mungkin nampak sedikit tekstur — ini normal untuk kemasan logam.

🔢 4) Data Berubah (Nombor Siri / Kod QR)

  • Sila sediakan fail Excel yang mengandungi nombor siri atau data QR.
  • Upload fail Excel di bahagian Additional Notes atau lampirkan semasa checkout.
  • Nyatakan dengan jelas berapa keping diperlukan untuk setiap baris data.
  • Contoh:
    Kuantiti order = 2
    Bilangan row data Excel = 10
    Jumlah output = 10 row × 2 pcs = 20 keping kad logam

⏳ 5) Penghantaran Artwork

  • Artwork perlu diupload sebelum 5:00 PM. Upload lewat mungkin menjejaskan jadual produksi.
  • Jika anda pilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau email ke [email protected] dan sertakan Nombor Order.

➕ Add Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh tambah item dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama tetapi artwork berbeza.
  • Nota: Ini bukan split kuantiti untuk design yang berlainan.
*