Hard Stand Calendars: Pasukan kami akan membuat semakan asas artwork (saiz, margin, susunan halaman dan warna). Jika terdapat isu kecil, pelarasan kecil akan dibuat sebelum diteruskan ke proses cetakan.

✅ Senarai Semak Muat Naik

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI
  • Saiz artwork mestilah sepadan dengan saiz kalendar yang dipilih.
  • Bleed: Tambah 3mm bleed di semua sisi jika latar belakang sampai ke tepi.
  • Zon selamat: Pastikan teks & imej penting sekurang-kurangnya 5mm dari tepi potongan.
  • Mod warna: CMYK disyorkan.
  • Resolusi: 300dpi disyorkan untuk imej.
  • Font: Tukar kepada outline atau embed font sebelum eksport.

📅 1) Susunan Artwork Kalendar

  • Sediakan artwork mengikut jenis dan bilangan halaman kalendar yang dipilih.
  • Pastikan semua halaman (kulit + bulan dalaman) disertakan dan dalam turutan yang betul.
  • Setiap bulan hendaklah diasingkan dengan jelas dan orientasi yang betul.
  • Elakkan meletakkan elemen penting terlalu hampir dengan kawasan binding atau potongan.

🧾 2) Muat Naik Fail

  • Sila muat naik satu fail artwork lengkap bagi setiap item pesanan.
  • Fail mestilah merangkumi semua halaman kalendar dalam satu dokumen.
  • Pastikan fail sedia untuk cetakan dan sepadan dengan spesifikasi yang dipilih.

⏳ 3) Penghantaran Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] berserta Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Ini bukan pembahagian kuantiti untuk reka bentuk berbeza.
*