Sebelum anda muat naik: Sila pastikan artwork anda sepadan dengan saiz yang dipilih dan sedia untuk cetakan. Pasukan produksi kami akan membuat pemeriksaan asas fail (saiz, margin & warna). Jika terdapat isu kecil, pelarasan minimum mungkin dibuat dan fail akan dihantar terus ke produksi.

✅ Senarai Semak Muat Naik Pantas

  • Saiz artwork sepadan dengan saiz pesanan (jangan skala atau regangkan).
  • Sertakan 3mm bleed (jika rekaan ke tepi).
  • Simpan kandungan penting dalam zon selamat (minimum 3–5mm dari tepi).
  • Resolusi disyorkan: 300dpi untuk kualiti terbaik.
  • Format digalakkan: PDF (disyorkan) / AI / PSD / JPG / PNG.
  • Teks mesti ditukar kepada outline ATAU fon di-embed (untuk fail PDF/AI).

📌 1) Saiz Artwork Mesti Sepadan Dengan Saiz Pesanan

  • Artwork yang dimuat naik mestilah dalam saiz tepat seperti saiz produk yang dipilih (contoh: A5 / A4 / Kad Nama).
  • Jika saiz artwork berbeza, hasil cetakan mungkin terlalu kecil, terpotong, atau susun atur tidak betul.
  • Jika tidak pasti, sila rujuk panduan artwork kami sebelum muat naik.

🎨 2) Keselamatan Potongan & Kemasan Cetakan

  • Bleed: Tambah 3mm bleed di semua sisi jika latar belakang atau imej ke tepi.
  • Zon Selamat: Logo, teks & elemen penting hendaklah sekurang-kurangnya 3–5mm ke dalam dari garisan potong.
  • Rekaan Berbingkai: Elakkan bingkai nipis berhampiran tepi kerana potongan mungkin tidak 100% tepat di tengah.

🖨️ 3) Nota Warna & Kualiti

  • Gunakan mod warna CMYK untuk hasil cetakan terbaik.
  • Fail resolusi rendah boleh menyebabkan cetakan kabur / pecah.
  • Warna di skrin mungkin sedikit berbeza daripada hasil cetakan disebabkan tetapan monitor & had percetakan.

⚠️ Penting: Pemeriksaan fail kami adalah asas (kesediaan cetakan). Kami tidak membuat reka bentuk semula melainkan diminta sebagai perkhidmatan reka bentuk.

⏳ 4) Waktu Akhir Muat Naik

  • Sila muat naik artwork sebelum 5:00 petang bagi mengelakkan kelewatan produksi atau penghantaran.
  • Jika memilih Muat Naik Kemudian, sila emel fail anda kepada kami dan sertakan Nombor Pesanan.

💳 5) Pengesahan Pembayaran (Diperlukan Sebelum Produksi)

  • Pembayaran mesti dibuat sebelum produksi dimulakan.
  • Sila emel slip pembayaran ke [email protected]
  • Pembayaran lewat boleh menyebabkan kelewatan jadual produksi & penghantaran.

➕ 6) Tambah Reka Bentuk (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork di bawah spesifikasi & kuantiti yang sama untuk menjimatkan masa.
  • Spesifikasi yang dipilih akan digunakan kepada semua fail yang dimuat naik dalam pesanan ini.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*