Lihat semua Panduan Sokongan


Panduan Bleed


Panduan ini menerangkan apa itu bleed, kenapa ia penting dalam proses cetakan, dan cara menyediakan fail artwork print-ready (dengan contoh dan kesilapan biasa).

Checklist ringkas: Bleed 3mm • Trim line = saiz potong akhir • Safe area = letak teks/logo di dalam

Kenapa artwork perlukan bleed?

  • Jika background warna/gambar anda perlu sampai ke tepi kertas, anda perlukan bleed. Cetakan dibuat pada kertas lebih besar dan akan dipotong mengikut saiz akhir. Potongan tidak boleh tepat 100% setiap masa, jadi toleransi standard kami ialah 3mm (bleed area).
  • 3 kawasan penting: Bleed Area | Trim Line | Safe Area

Bleed Area (3mm)

Warna latar dan design mesti extend sampai ke tepi bleed area supaya tiada garis putih selepas dipotong. Bleed mesti berada di luar trim line.

Trim Line

Trim line ialah saiz akhir selepas dipotong. Ia biasanya ditunjukkan dalam proof.

Safe Area

Semua elemen penting seperti teks dan logo mesti berada dalam safe area supaya tidak berisiko terpotong.

Ilustrasi bleed, trim line dan safe area untuk cetakan

Border di Tepi Cetakan

Elakkan border dekat tepi artwork, terutama untuk produk 2 sisi. Perbezaan potongan 1mm pun boleh nampak border senget.

Contoh Bleed & Safe Area

Bleed ialah 3mm setiap sisi, manakala safe area biasanya 3mm ke dalam dari trim line. Ini bermaksud saiz fail anda perlu 6mm lebih besar untuk lebar dan tinggi berbanding saiz akhir. Contoh: A4 siap ialah 210mm x 297mm. Dengan bleed, fail perlu 216mm x 303mm.

Panduan bleed 3mm untuk business card

Kesilapan Biasa Ketika Buat Artwork

1) Tiada Bleed — Garis putih boleh muncul di tepi cetakan dan nampak tidak kemas.

Contoh: tiada bleed menyebabkan garis putih

2) Teks Terlalu Dekat Trim Line — Teks boleh terpotong.

Contoh: teks terlalu dekat trim line

3) Warna Bleed Berbeza — Warna kontras boleh nampak pada tepi selepas dipotong.

Contoh: warna bleed berbeza dari design

Kalau saya tak dapat betulkan artwork?

  • Minta kami bantu amend artwork (caj tambahan mungkin dikenakan).
  • Upah designer untuk betulkan artwork dan buang isu yang ada.

Jadual Saiz (Termasuk Bleed 3mm)

Jadual ini menunjukkan saiz biasa tanpa dan dengan bleed 3mm.

ProdukSaiz (Tanpa Bleed)Saiz (Dengan Bleed 3mm)
Business Card90mm x 54mm96mm x 60mm
DL99mm x 210mm105mm x 216mm
A6105mm x 148mm111mm x 154mm
A5148mm x 210mm154mm x 216mm
A4210mm x 297mm216mm x 303mm
A3297mm x 420mm303mm x 426mm
A2420mm x 594mm426mm x 600mm
A1594mm x 841mm600mm x 847mm
A0841mm x 1189mm847mm x 1195mm
Tip: Jika anda ragu-ragu, hantar fail kepada kami — kami akan nasihat cara paling selamat untuk bleed dan safe area.