Panduan Hantar Artwork (Fail Sedia Cetak) | Image Magic
Panduan Hantar Artwork
Panduan ini menerangkan perkara penting semasa menghantar artwork supaya tiada kelewatan dan hasil cetakan berkualiti.
Semak Pantas (Sebelum Upload)
- Artwork ada bleed 3mm (jika perlu).
- Letak teks/logo penting dalam safe margin (minimum 5mm).
- Fail export pada 300dpi dan guna warna CMYK.
- Font dalam PDF embedded (atau outline jika perlu).
- Had upload 50MB (guna WeTransfer jika lebih besar).
Format Fail - Sila masukkan bleed dalam artwork akhir
Bleed ialah lebihan warna melepasi garisan potong untuk memastikan warna sampai ke tepi selepas trim. Disebabkan toleransi mesin semasa cetak dan proses potong, sila buat bleed 3mm pada semua sisi yang diperlukan. Fail tanpa bleed boleh menyebabkan garis putih nipis selepas dipotong.
Saiz Fail - Maksimum upload 50MB
- Saiz maksimum fail untuk upload melalui website ialah 50MB. Jika lebih besar, sila guna www.wetransfer.com dan hantar ke [email protected].
- Pastikan fail tidak terlalu kecil. Imej yang nampak ok di skrin boleh jadi pecah apabila dicetak saiz sebenar. Rujuk Panduan Resolusi untuk memastikan kualiti imej memenuhi spesifikasi.

Sila hantar artwork pada 300dpi. Semasa export PDF, gunakan tetapan berikut:
- Resolution: High Resolution
- Compression: Colour & Greyscale downsample ke 300dpi, compression kualiti tinggi
- Fonts: Embed semua font
- Colour: CMYK (jika boleh pilih profil FOGRA39)
Illustrator

Embed semua imej dan outline semua teks. Simpan/export sebagai PDF (Acrobat 6.0).
Photoshop

Tetapkan resolusi 300dpi sebelum mula design. Simpan fail sebagai TIFF atau JPEG. Tambah 3mm setiap sisi untuk bleed. Simpan fail PSD untuk edit masa depan (TIFF/JPEG sukar untuk ubah).
InDesign

Sila export PDF ikut tetapan yang disyorkan (rujuk langkah bergambar di atas).
Nota: proses proofing/file-check boleh menyebabkan sedikit kelewatan cetakan dan penghantaran.
Dokumen Microsoft
- Word, Excel, PowerPoint, Publisher dan Works
- Aplikasi ini bukan untuk fail sedia cetak.
- Sila convert kepada PDF dan pastikan saiz halaman betul semasa export.
Warna: CMYK vs RGB
- CMYK digunakan untuk cetakan, manakala RGB untuk skrin. Fail JPEG kebiasaannya dalam RGB. Untuk hasil warna lebih tepat, sediakan artwork dalam CMYK. Warna terang pada skrin mungkin tidak dapat dicetak sama seperti paparan monitor.
Trim Marks
- Trim marks menunjukkan saiz potong akhir. Disebabkan toleransi mesin, potongan boleh lari sedikit. Pastikan teks/logo penting berada dalam safe margin (minimum 5mm dari semua sisi).
Safe Area / Safe Margins
- Pastikan maklumat penting (nama, alamat, nombor telefon, logo) berada dalam safe margin (minimum 5mm dari tepi) supaya tidak terpotong.
Aspect Ratio
- Jika nisbah gambar tidak sama dengan nisbah produk, gambar boleh kelihatan memanjang/terdistorsi apabila discale.
Produk multipage (booklet, perfect bind, brochure panjang)
- Sila hantar satu PDF mengikut turutan halaman, cover depan di Page 1 dan cover belakang di halaman terakhir. Jika ada banyak PDF, namakan ikut turutan (contoh 01_filename, 02_filename).
- Jika perlukan bantuan pagination, klik “Upload Later” semasa submit. Kami boleh bantu semak, tetapi ini mungkin melambatkan penghantaran.
Wire-O Bind Booklet
- Sila tinggalkan ruang 10mm pada bahagian binding untuk Wire-O.

Spot UV & Hot Stamping
- Fail Spot UV/Hot Stamping biasanya memerlukan beberapa halaman PDF kerana perlu ada halaman/layer khas untuk menunjukkan kawasan kemasan. Rujuk Panduan Spot UV & Hot Stamping untuk langkah penuh.
