Kiss Cut Stickers: Pasukan kami akan membuat pemeriksaan asas pada fail artwork anda termasuk saiz, margin, garisan potong (cut line) dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringan mungkin dibuat sebelum dihantar terus untuk produksi.

📐 Pemilihan Saiz

  • Sila pastikan saiz yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork mesti disediakan pada saiz sebenar (skala 1:1).
  • Saiz yang tidak tepat boleh menyebabkan masalah pemotongan.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 300dpi (minimum 150dpi).
  • Font: Sila tukar kepada outline atau embed.
  • Artwork mestilah flatten dan sedia untuk cetakan.

✂️ Garisan Potong (Kiss Cut Line):
Sila sertakan garisan potong (cut line) dalam warna spot (contoh: “KissCut”) dan tetapkan sebagai path vektor. Garisan potong tidak boleh bertindih dengan elemen penting.

⚠️ Safe Area:
Pastikan semua teks dan logo penting berada sekurang-kurangnya 3–5mm dari garisan potong bagi mengelakkan pemotongan.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail sepadan dengan spesifikasi dan saiz yang dipilih.

⏳ 3) Masa Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual produksi.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.

➕ Add Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Pilihan ini bukan untuk membahagikan kuantiti kepada reka bentuk berlainan.
  • Semua tetapan akan digunakan kepada setiap fail yang dimuat naik.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*