Percetakan Poskad: Pasukan kami akan melakukan semakan asas fail (saiz, margin & warna). Jika terdapat isu kecil, kami akan membuat pelarasan minimum sebelum meneruskan ke produksi.

✅ Panduan Muat Naik (Depan & Belakang)

  • Depan: Muat naik artwork bahagian depan ke ruangan Artwork–Front Page.
  • Belakang: Muat naik artwork bahagian belakang ke ruangan Artwork–Back Page.
  • Format disyorkan: PDF (digalakkan)
  • Penamaan fail (disyorkan): A6-Front.pdf, A6-Back.pdf

Nota: Sila muat naik dua fail berasingan (Depan & Belakang). Ini membantu mengelakkan kesilapan cetakan dan mempercepatkan proses produksi.

✅ Percetakan Data Berubah (Variable Printing): Kami menyokong percetakan data berubah (cetakan peribadi). Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk maklumat lanjut dan format yang diperlukan.

📌 Keperluan Asas Artwork (Disyorkan)

  • Saiz artwork mestilah sama dengan saiz poskad yang dipilih (jangan skala atau regang).
  • Bleed: Tambah 3mm bleed di semua sisi jika latar belakang hingga ke tepi.
  • Zon selamat: Pastikan teks/logo penting sekurang-kurangnya 3–5mm dari tepi.
  • Resolusi: 300dpi untuk kualiti cetakan terbaik.
  • Mod warna: CMYK disyorkan.
  • Fon: Tukar fon kepada outline atau embed fon dalam PDF untuk elak isu fon hilang.

⏳ Had Masa Muat Naik Artwork

  • Fail mesti dimuat naik sebelum 5:00 PM. Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual produksi dan penghantaran.
  • Hanya satu artwork bagi setiap item pesanan (Fail depan di ruangan depan, fail belakang di ruangan belakang).

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa item dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama tetapi artwork berbeza untuk menjimatkan masa.
  • Selepas checkout, pilihan spesifikasi akan digunakan pada semua fail di bawah item pesanan yang sama.
*