Buku Wire-O Hitam & Putih: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail (saiz, margin dan kesesuaian cetakan). Sekiranya terdapat isu kecil, pelarasan ringan mungkin dibuat sebelum dihantar untuk produksi.

✅ Senarai Semak Muat Naik Pantas

  • Format disyorkan: PDF (fail siap cetak)
  • Mod warna: Hitam & Putih / Grayscale sahaja
  • Resolusi: Disyorkan 300dpi
  • Font: Outline atau embed font dalam PDF
  • Saiz halaman: Mestilah sama dengan saiz yang dipilih
  • Margin keselamatan Wire-O: Pastikan semua teks & grafik penting berada sekurang-kurangnya 12mm dari bahagian binding
⚠️ Penting — Binding Wire-O
Sila tinggalkan margin keselamatan minimum 12mm di bahagian binding. Kandungan dalam kawasan ini berisiko terpotong atau tersembunyi selepas binding.

📄 Penyediaan Fail Artwork

  • Hantar SATU fail PDF sahaja yang mengandungi semua halaman.
  • Susun halaman mengikut turutan bacaan.
  • Jika terdapat halaman kosong, biarkan halaman tersebut kosong dalam PDF.

📘 Contoh: Buku Wire-O 60 Halaman (1 Fail PDF)

  • Halaman 1: Kulit Hadapan
  • Halaman 2: Kulit Hadapan (Dalam)
  • Halaman 3–58: Kandungan
  • Halaman 59: Kulit Belakang (Dalam)
  • Halaman 60: Kulit Belakang

⬆️ Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang. Muat naik lewat boleh melambatkan jadual produksi.
  • Jika pilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dengan menyertakan Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Boleh tambah artwork lain dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Bukan untuk pecahan kuantiti bagi reka bentuk berlainan.
  • Semua pilihan akan digunakan pada semua fail yang dimuat naik.
Perlukan bantuan sediakan artwork Wire-O?
WhatsApp kami — pasukan kami sedia membantu sebelum cetakan.
*