Static Cling Stickers: Pasukan kami akan menyemak fail artwork anda dari segi margin, susun atur, saiz dan tetapan warna. Sekiranya terdapat isu kecil, pelarasan ringkas akan dibuat sebelum fail dihantar terus ke proses pengeluaran.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 300dpi disyorkan (minimum 150dpi).
  • Fon: Semua fon mesti di-outline atau di-embed.
  • Pastikan artwork telah diratakan (flattened) dan sedia untuk cetakan.

✨ Nota Static Cling:
Static Cling Stickers melekat pada permukaan licin menggunakan kuasa statik tanpa gam. Sesuai digunakan pada kaca dan permukaan plastik licin.

⚠️ Dakwat Putih & Kejelasan Warna:
Bahan static cling adalah separa lutsinar. Kawasan tanpa dakwat putih mungkin kelihatan lut cahaya apabila dilekatkan pada kaca. Elakkan warna terlalu cerah atau elemen berketelusan rendah.

✂️ Bentuk Potongan & Safe Area:
Untuk potongan khas, sila sediakan garisan potong (cut path) dalam bentuk vektor. Pastikan semua teks dan logo penting berada sekurang-kurangnya 3–5mm dari tepi.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork lengkap bagi setiap item.
  • Saiz artwork mestilah sepadan dengan spesifikasi yang dipilih.

⏳ 3) Waktu Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dengan menyertakan nombor pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Sesuai untuk membuat pesanan pelbagai reka bentuk dalam satu pesanan.
  • Semua pilihan akan digunakan pada setiap artwork di bawah item ini.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*