Beg rPET Non Woven: Pasukan kami akan melakukan semakan asas ke atas fail artwork anda dari segi saiz, margin dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringkas akan dibuat sebelum fail dihantar untuk pengeluaran.

📐 Saiz Beg & Susun Atur

  • Sila pastikan saiz beg rPET yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork mestilah disediakan pada saiz sebenar (skala 1:1).
  • Rekaan perlu mengambil kira bahagian depan, belakang dan sisi (jika berkenaan).

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 300dpi pada saiz sebenar.
  • Fon: Tukarkan semua fon kepada outline atau embed.
  • Pastikan artwork telah diratakan (flatten) dan sedia cetak sebelum dimuat naik.

⚠️ Kawasan Selamat & Elaun Jahitan:
Beg rPET Non Woven memerlukan proses jahitan dan pemasangan pemegang. Sila pastikan semua teks penting, logo dan elemen utama berada sekurang-kurangnya 15–20mm dari tepi, garisan jahitan dan kawasan pemegang bagi mengelakkan kandungan penting terlindung atau terpotong semasa pengeluaran.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail yang dimuat naik sepadan dengan saiz dan spesifikasi yang dipilih.

⏳ 3) Masa Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Pilihan ini bukan untuk membahagikan kuantiti bagi reka bentuk yang berbeza.
  • Semua pilihan yang dibuat akan digunakan kepada setiap artwork yang dimuat naik.
*