Die Cut Board: Pasukan kami akan membuat pemeriksaan asas pada fail artwork anda termasuk saiz, margin, bleed dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringan mungkin akan dibuat sebelum fail dihantar untuk pengeluaran.

⚠️ Notis Penting (Produk Die Cut)
Produk Die Cut Board memerlukan garisan potong (die-cut line) untuk bentuk akhir. Sila sediakan artwork dengan teliti bagi mengelakkan pemotongan pada teks, logo atau elemen penting. Jika tidak pasti, pastikan jarak selamat yang lebih luas dari garisan potong.

📐 Pemilihan Saiz

  • Sila pastikan saiz yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork mestilah disediakan pada saiz sebenar (skala 1:1).
  • Saiz yang tidak tepat boleh menyebabkan isu pemotongan atau kemasan.

✅ Senarai Semak Muat Naik

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI
  • Mod warna: CMYK
  • Resolusi: 300dpi disyorkan (minimum 150dpi)
  • Font: Tukar kepada outline atau embed font
  • Garisan potong: Sediakan die-cut line (vektor) pada lapisan berasingan
  • Jangan rasterize garisan potong

✂️ 1) Penyediaan Die Cut Line & Artwork

  • Sediakan garisan die-cut sebagai laluan vektor (AI / PDF).
  • Letakkan garisan potong pada lapisan berasingan dan namakan dengan jelas (contoh: Cut Line).
  • Tetapkan garisan potong sebagai spot colour dengan stroke nipis (tanpa fill).
  • Elakkan penggunaan lebih daripada satu garisan potong kecuali diperlukan.

⚠️ Safe Area & Bleed (Disyorkan)
Bleed: Lanjutkan latar belakang sekurang-kurangnya 3mm di luar garisan potong.
Safe area: Pastikan teks dan logo penting berada sekurang-kurangnya 5–10mm di dalam garisan potong, terutamanya untuk bentuk melengkung.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail mengandungi artwork dan die-cut line dalam fail yang sama.

⏳ 3) Waktu Tutup Muat Naik

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*