Hologram Stickers: Pasukan kami akan menyemak fail artwork anda dari segi margin, susun atur, garisan potong dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan minimum akan dibuat sebelum dihantar ke proses produksi.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 300dpi disyorkan (minimum 150dpi).
  • Fon: Semua fon mesti ditukar kepada outline atau di-embed.
  • Pastikan artwork telah diratakan (flattened) dan sedia untuk cetakan.

✨ Nota Kesan Hologram:
Hologram Stickers menggunakan bahan khas berasaskan hologram. Warna cetakan akan berubah mengikut sudut cahaya. Warna cerah dan kawasan putih akan menonjolkan kesan hologram dengan lebih jelas.

⚠️ Kawasan Dakwat Putih (Jika Berkenaan):
Jika terdapat kawasan yang tidak ingin kelihatan hologram, sila nyatakan kawasan dakwat putih dengan jelas menggunakan layer atau spot colour berasingan. Kawasan yang tidak ditentukan akan dipaparkan dengan kesan hologram secara lalai.

✂️ Garisan Potong & Safe Area:
Semua teks penting, logo dan elemen utama hendaklah berada sekurang-kurangnya 3–5mm dari garisan potong untuk mengelakkan kesilapan pemotongan.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork lengkap bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan saiz dan spesifikasi fail sepadan dengan pilihan pesanan.

⏳ 3) Waktu Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5.00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual produksi dan penghantaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] bersama Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Sesuai untuk pesanan pelbagai reka bentuk dalam satu transaksi.
  • Semua pilihan akan digunakan pada setiap artwork di bawah item yang sama.

Tidak pasti cara menyediakan artwork? Klik di sini.

Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*