Kad Perkahwinan: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail artwork anda termasuk saiz, margin, tetapan warna dan kesediaan cetakan. Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringan akan dibuat jika perlu sebelum fail dihantar terus ke produksi.

📐 1) Saiz & Susun Atur Artwork

  • Pastikan saiz artwork adalah sama dengan saiz kad perkahwinan yang dipilih.
  • Artwork mesti disediakan pada saiz sebenar (skala 1:1).
  • Sediakan margin yang mencukupi bagi mengelakkan teks atau elemen penting terpotong.
  • Untuk kad lipat, pastikan susunan muka depan, bahagian dalam dan belakang adalah betul.

🎨 2) Tetapan Warna & Artwork

  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej disyorkan: 300dpi.
  • Sila tukarkan semua fon kepada outline untuk mengelakkan isu fon hilang.
  • Elakkan penggunaan garisan terlalu nipis atau warna terlalu cerah.

⚠️ Perhatian:
Warna cetakan mungkin berbeza sedikit bergantung kepada jenis kertas dan proses cetakan. Ini adalah keadaan biasa dan bukan kecacatan cetakan.

⬆️ 3) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail sepadan dengan saiz, orientasi dan spesifikasi yang dipilih.

⏳ 4) Tarikh Akhir Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual produksi dan penghantaran.
  • Jika anda memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan anda.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Pilihan ini bukan untuk membahagikan kuantiti kepada saiz atau kemasan berbeza.
  • Semua pilihan akan digunakan kepada setiap artwork yang dimuat naik.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*