Black Base Roll Up Bunting: Pasukan kami akan melakukan semakan asas pada fail artwork termasuk saiz, margin dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan kecil akan dibuat sekiranya perlu sebelum diteruskan ke proses pengeluaran.

📐 Saiz Artwork

  • Sila pastikan saiz bunting yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Saiz artwork mestilah sama seperti saiz yang dipilih (1:1, jangan besarkan atau kecilkan).
  • Orientasi artwork mestilah potret (menegak).

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (AI atau JPG resolusi tinggi juga diterima).
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi: 150–300dpi pada saiz sebenar.
  • Semua font mesti di-outline atau diraster.
  • Pastikan latar belakang dan imej penuh hingga ke tepi jika diperlukan.

⚠️ Penting – Bahagian Bawah Tersembunyi:
Untuk Black Base Roll Up Bunting, bahagian bawah artwork akan dimasukkan ke dalam tapak (base). Sila pastikan semua teks penting, logo dan kod QR berada sekurang-kurangnya 80–100mm dari bahagian bawah.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan artwork adalah versi akhir sebelum dimuat naik.

⏳ 3) Had Masa Muat Naik Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dengan menyatakan nombor pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa item dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama tetapi artwork berbeza.
  • Pilihan ini tidak membenarkan pecahan kuantiti untuk reka bentuk berbeza.
*