Tarpaulin Banner: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail artwork anda termasuk saiz, margin dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, sedikit pelarasan akan dibuat sebelum dihantar ke proses pengeluaran.

📐 Pemilihan Saiz

  • Sila pastikan saiz tarpaulin yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Saiz artwork mestilah sama tepat (1:1) dengan saiz yang dipilih.
  • Kesalahan saiz boleh menyebabkan pemotongan atau kedudukan artwork tidak tepat.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 150–300dpi pada saiz sebenar.
  • Fon: Sila outline atau embed semua fon.
  • Pastikan semua imej dan elemen grafik berada dalam saiz akhir artwork.

⚠️ Kawasan Selamat, Bleed & Lubang Eyelet:
Sila pastikan teks, logo dan elemen penting berada sekurang-kurangnya 30–50mm dari semua tepi banner. Kawasan tepi akan digunakan untuk lipatan, jahitan atau lubang eyelet dan mungkin tidak kelihatan sepenuhnya selepas pemasangan.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Artwork hendaklah dalam keadaan sedia cetak dan mengikut spesifikasi yang dipilih.

⏳ 3) Masa Akhir Muat Naik

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika memilih Muat Naik Kemudian, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dengan menyatakan Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork berbeza dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Opsyen ini bukan untuk pembahagian kuantiti bagi reka bentuk yang berbeza.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*