Beg Non Woven: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail artwork anda dari segi saiz, margin dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringkas akan dibuat sebelum fail dihantar untuk pengeluaran.

📐 Saiz & Struktur Beg

  • Sila pastikan saiz Beg Non Woven yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork mesti disediakan pada saiz sebenar (skala 1:1).
  • Reka bentuk perlu mengambil kira bahagian depan, belakang dan sisi beg (jika berkenaan).

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 300dpi pada saiz sebenar.
  • Font: Tukarkan semua font kepada outline atau embed.
  • Pastikan fail artwork adalah siap cetak sebelum dimuat naik.

⚠️ Ruang Selamat & Elaun Jahitan:
Untuk Beg Non Woven, sila pastikan semua teks, logo dan elemen penting berada sekurang-kurangnya 15–20mm dari tepi, kawasan jahitan dan bahagian pemegang. Ini bagi mengelakkan elemen penting terpotong atau tertutup semasa proses jahitan.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail yang dimuat naik sepadan dengan saiz dan spesifikasi yang dipilih.

⏳ 3) Had Masa Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 petang.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika anda memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan anda.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Pilihan ini bukan untuk membahagikan kuantiti bagi reka bentuk berbeza.
  • Semua pilihan akan digunakan pada setiap artwork yang dimuat naik di bawah item ini.

Muat turun Garis Panduan Produk

*