Paper Bags: Pasukan kami akan membuat semakan asas ke atas fail artwork anda termasuk saiz, margin dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan minimum mungkin dibuat sebelum dihantar ke pengeluaran.

📐 Saiz & Susun Atur Beg

  • Sila pastikan saiz beg yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork hendaklah disediakan pada saiz sebenar (1:1).
  • Ambil kira kawasan lipatan, sisi dan bahagian bawah beg.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 300dpi pada saiz sebenar.
  • Fon: Tukarkan semua fon kepada outline atau embed fon.
  • Elakkan reka bentuk terlalu hampir dengan garis lipatan atau tepi.

⚠️ Kawasan Selamat & Lipatan:
Pastikan semua logo, teks dan elemen penting berada sekurang-kurangnya 10–15mm dari tepi, garis lipatan dan bahagian bawah beg untuk mengelakkan gangguan selepas pemasangan.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Pastikan fail sepadan dengan spesifikasi dan saiz yang dipilih.

⏳ 3) Masa Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] berserta Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi & Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah item dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama tetapi artwork berbeza.
  • Pilihan ini bukan untuk pembahagian kuantiti bagi reka bentuk berbeza.
  • Semua pilihan akan digunakan pada semua artwork yang dimuat naik.
*