Buntings: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail artwork anda dari segi saiz, margin dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan kecil akan dibuat sebelum fail dihantar terus ke produksi.

📐 Pemilihan Saiz

  • Sila pastikan saiz bunting yang betul dipilih semasa membuat pesanan.
  • Artwork mesti disediakan pada saiz sebenar (skala 1:1).
  • Saiz yang tidak tepat boleh menyebabkan masalah pemotongan atau kemasan.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 150–300dpi pada saiz sebenar.
  • Fon: Semua fon mesti di-outline atau di-embed.
  • Pastikan artwork telah diratakan (flatten) dan sedia untuk cetakan.

⚠️ Ruang Selamat & Elaun Potongan:
Sila pastikan semua teks penting, logo dan elemen utama berada sekurang-kurangnya 10–15mm dari bahagian tepi. Ini bagi mengelakkan kandungan penting terpotong semasa proses pemotongan.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Fail artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual produksi dan penghantaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau emel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Pilihan ini tidak menyokong pembahagian kuantiti untuk reka bentuk berlainan.
  • Semua tetapan akan digunakan untuk setiap artwork yang dimuat naik.
*