Pelekat Cermin Kereta: Pasukan kami akan membuat pemeriksaan asas pada fail artwork anda dari segi saiz, margin dan tetapan warna. Jika terdapat isu kecil, pelarasan kecil mungkin akan dibuat sebelum dihantar untuk pengeluaran.

📐 Saiz & Penempatan

  • Pastikan saiz pelekat yang dipilih adalah sesuai dengan cermin kenderaan.
  • Artwork mesti disediakan pada saiz sebenar (skala 1:1).
  • Elakkan reka bentuk terlalu rapat dengan tepi bagi mengelakkan pemotongan tidak sekata.

🎨 1) Penyediaan Artwork

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI / JPG resolusi tinggi.
  • Mod warna: CMYK.
  • Resolusi imej: 150–300dpi pada saiz sebenar.
  • Fon: Tukarkan semua fon kepada outline atau embed fon.
  • Pastikan artwork diratakan (flatten) dan sedia untuk cetakan.

⚠️ Ruang Selamat & Nota Pemasangan:
Pastikan semua teks, logo dan elemen penting berada sekurang-kurangnya 5–10mm dari tepi. Pelekat cermin kereta disyorkan untuk dipasang pada permukaan cermin yang bersih dan kering untuk hasil terbaik.

⬆️ 2) Muat Naik Artwork

  • Sila muat naik satu (1) fail artwork akhir bagi setiap item pesanan.
  • Fail yang dimuat naik mesti sepadan dengan spesifikasi yang dipilih.

⏳ 3) Masa Tutup Muat Naik Artwork

  • Artwork mesti dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran dan penghantaran.
  • Jika memilih Upload Later, sila hantar fail melalui WeTransfer atau e-mel ke [email protected] dan sertakan Nombor Pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Opsyen ini bukan untuk memecahkan kuantiti kepada reka bentuk berbeza.
  • Semua pilihan akan digunakan pada setiap artwork yang dimuat naik.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*