Certificates: Pasukan kami akan membuat semakan asas pada fail artwork (saiz, margin dan tetapan warna). Jika terdapat isu kecil, pelarasan ringkas akan dibuat sebelum dihantar ke proses cetakan.

✅ Senarai Semak Muat Naik

  • Format disyorkan: PDF (digalakkan) / AI
  • Saiz artwork mesti sepadan dengan saiz sijil yang dipilih.
  • Bleed: Tambah 3mm bleed jika latar belakang hingga ke tepi.
  • Kawasan selamat: Pastikan nama, logo & teks penting sekurang-kurangnya 5–10mm dari tepi.
  • Mod warna: CMYK digalakkan.
  • Resolusi: 300dpi disyorkan untuk imej.
  • Font: Tukarkan kepada outline atau embed font sebelum eksport.

📄 1) Susun Atur Artwork (Sijil)

  • Artwork disediakan sebagai satu muka (single-sided).
  • Sediakan ruang mencukupi untuk nama peserta dan nombor siri jika diperlukan.
  • Elakkan meletakkan teks penting terlalu hampir dengan tepi kertas.

🖨️ 2) Jenis Pesanan

  • Sijil Kosong: Jika mencetak sijil tanpa nama atau nombor siri, masukkan kuantiti cetakan yang diperlukan sahaja.
  • Sijil dengan Nama & Nombor Siri: Muat naik artwork terlebih dahulu, kemudian muat turun templat Excel pada halaman seterusnya untuk senarai nama dan nombor siri.

📊 3) Cetakan Data Berubah (Nama & Nombor Siri)

  • Isi maklumat peserta di dalam fail Excel (satu baris = satu sijil).
  • Sistem akan mengesan jumlah rekod secara automatik.
  • Tetapkan kuantiti sebagai 1 jika setiap rekod memerlukan satu keping sijil.

⏳ 4) Penyerahan Artwork

  • Artwork perlu dimuat naik sebelum 5:00 PM.
  • Muat naik lewat boleh menjejaskan jadual pengeluaran.
  • Hanya satu artwork dibenarkan bagi setiap item pesanan.

➕ Tambah Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)

  • Anda boleh menambah beberapa artwork dengan spesifikasi dan kuantiti yang sama.
  • Ini bukan pembahagian kuantiti untuk reka bentuk yang berbeza.
Bersedia untuk mencipta reka bentuk produk anda?
Untuk bermula, pilih saiz produk, pratonton garis panduan reka bentuk, muat turun garis panduan untuk rujukan dan teruskan dengan pilihan penyesuaian.
 
 
x
 
 
Templat bantuan tidak boleh dijana kerana satu atau kedua-dua saiz bleed (tinggi dan lebar) ditetapkan kepada 0.
Talian Berdarah
Talian Selamat

*
 
Sila masukkan input yang sah
*
 
Sila masukkan input yang sah
*