Cetakan Canvas Tote Bag: Team kami akan buat pemeriksaan asas fail (saiz cetakan, posisi & kejelasan artwork). Sila ikut panduan di bawah untuk memastikan hasil cetakan terbaik.
✅ Senarai Semak (Checklist) Untuk Upload
- Format disyorkan: PDF (paling sesuai)
- Artwork mesti berada dalam Printable Area (logo/teks penting).
- Susun fail ikut muka yang betul: Front / Back (jika ada).
- Jangan guna teks/garisan terlalu nipis (elak pecah atau kurang jelas).
- Silkscreen 1C: artwork vector sahaja, 1 warna solid sahaja (tiada gradient/tint).
- UV Printing 4C: boleh guna CMYK (flatten layer sebelum export).
📦 Mempunyai Banyak Fail? Sila Muat Naik dalam Format ZIP
Jika fail artwork anda terdiri daripada berbilang fail atau folder (seperti PDF, AI, imej, fon, fail pautan atau dokumen sokongan), sila gabungkan semua fail berkaitan ke dalam SATU fail ZIP sebelum memuat naik.
- ✅ Gabungkan semua fail artwork ke dalam SATU fail ZIP.
- ✅ Sertakan semua imej pautan, fon atau fail sokongan jika diperlukan.
- ❌ Jangan muat naik beberapa fail secara berasingan.
Ini membantu kami memastikan tiada fail yang tertinggal dan membolehkan pesanan anda diproses dengan lebih cepat serta tepat.
📌 1) Pilih Jenis Cetakan
- Silkscreen Printing (1C) — Cetakan 1 warna (sesuai untuk logo/teks).
- UV Printing (4C) — Cetakan full color (sesuai untuk design berwarna).
⚠️ PENTING: Toleransi posisi cetakan ±10mm
Cetakan atas kain mungkin ada sedikit pergerakan posisi. Elakkan letak teks/logo penting terlalu dekat pada tepi printable area.
📏 2) Printable Area & Saiz (Sangat Penting)
Sila download dan ikut template produk. Pastikan artwork berada dalam Printable Area. Design yang berada di luar printable area mungkin akan terpotong atau tidak dicetak.
📌 Rujukan Printable Area (Contoh)
- Silkscreen (1C) Printable Area contoh:
- CT8-A3: 180mm × 290mm
- CTD12-A3: 310mm × 230mm
- UV Printing (4C) Printable Area contoh:
*Printable area sebenar bergantung kepada model & template yang dipilih. Sila ikut template yang disediakan.
🎨 3) Keperluan Artwork Mengikut Jenis Cetakan
Silkscreen Printing (1C)
- Vector sahaja (AI / PDF vector).
- 1 warna solid sahaja (tiada tint, tiada gradient, tiada shadow).
- Jika warna cetakan Putih, disyorkan guna stroke lebih tebal untuk hasil lebih jelas.
- Hantar 1 fail PDF sahaja (buang semua guideline/template notes sebelum export).
UV Printing (4C)
- Boleh guna CMYK (full color).
- Jika fail ada banyak layer/effect, sila flatten artwork sebelum export PDF.
- Gunakan gambar resolusi tinggi jika perlu (300dpi disyorkan).
- Hantar dalam format PDF untuk kualiti terbaik.
🔤 4) Saiz Teks & Ketebalan Garisan Minimum
- Saiz font minimum: tidak lebih kecil daripada 4mm tinggi.
- Ketebalan garisan minimum (Normal printing):0.4mm ke atas.
- Reverse printing (teks cerah atas latar gelap): guna bentuk lebih tebal untuk jelas.
- Cetakan 1C: pastikan teks & garisan dalam 1 warna sahaja untuk elak kabur.
🧾 5) Susunan Fail (Front / Back)
- Cetak 1 muka: Page 1 / PDF 1 = Front
- Cetak 2 muka:
- Page 1 / PDF 1 = Front
- Page 2 / PDF 2 = Back
⏳ 6) Masa Penghantaran Artwork
- Artwork disyorkan upload sebelum 5:00 PM. Upload lewat mungkin menjejaskan jadual produksi.
-
Jika anda pilih Upload Later, sila hantar melalui WeTransfer atau email ke
[email protected]
dan sertakan Nombor Order.
➕ Add Item (Spesifikasi Sama, Kuantiti Sama)
- Anda boleh tambah item spesifikasi & kuantiti sama tetapi artwork berlainan untuk jimat masa.
- Sila ambil perhatian: Ini bukan pecahan kuantiti untuk design berbeza.
Perlukan bantuan?
WhatsApp kami dan team akan bantu semak sebelum print.