Contract Booklet Printing: Pasukan kami akan membuat pemeriksaan asas fail dari segi saiz, margin, susunan muka surat dan warna sebelum cetakan. Pelarasan kecil mungkin dibuat jika perlu bagi memastikan kualiti cetakan sebelum
fail dihantar terus ke produksi.
✅ Senarai Semak Muat Naik Pantas
- Format disyorkan: PDF (fail sedia cetak)
- Mod warna: CMYK (hitam putih dibenarkan)
- Resolusi: Minimum 300dpi (untuk logo, cop atau imej)
- Bleed: 3mm di semua sisi (jika rekaan ke tepi)
- Jarak keselamatan teks: Sekurang-kurangnya 5mm dari tepi potong
📐 Pemilihan Saiz
-
Sila pastikan saiz buku yang dipilih semasa membuat pesanan adalah betul dan sepadan dengan artwork yang dimuat naik.
📄 Penyediaan Fail Artwork
- Fail PDF (Digalakkan): Fail ini akan digunakan untuk cetakan. Sila eksport artwork akhir dalam format PDF sedia cetak.
-
Susun muka surat mengikut urutan bacaan (tidak perlu impose atau spread).
-
Jika buku kontrak mempunyai muka surat kosong, sila biarkan muka surat tersebut kosong dalam fail PDF.
📘 Contoh Susunan Muka Surat (Buku 12 Muka Surat)
- Muka Surat 1 – Kulit Hadapan
- Muka Surat 2 – Bahagian Dalam Kulit Hadapan
- Muka Surat 3 – Kandungan 1
- Muka Surat 4 – Kandungan 2
- Muka Surat 5 – Kandungan 3
- Muka Surat 6 – Kandungan 4
- Muka Surat 7 – Kandungan 5
- Muka Surat 8 – Kandungan 6
- Muka Surat 9 – Kandungan 7
- Muka Surat 10 – Kandungan 8
- Muka Surat 11 – Bahagian Dalam Kulit Belakang
- Muka Surat 12 – Kulit Belakang
📦 Mempunyai Banyak Fail? Sila Muat Naik dalam Format ZIP
Jika fail artwork anda terdiri daripada berbilang fail atau folder (seperti PDF, AI, imej, fon, fail pautan atau dokumen sokongan), sila gabungkan semua fail berkaitan ke dalam SATU fail ZIP sebelum memuat naik.
- ✅ Gabungkan semua fail artwork ke dalam SATU fail ZIP.
- ✅ Sertakan semua imej pautan, fon atau fail sokongan jika diperlukan.
- ❌ Jangan muat naik beberapa fail secara berasingan.
Ini membantu kami memastikan tiada fail yang tertinggal dan membolehkan pesanan anda diproses dengan lebih cepat serta tepat.
⏰ Notis Muat Naik
-
Artwork perlu dimuat naik sebelum 5.00 petang (hari bekerja) bagi mengelakkan kelewatan produksi.
-
Jika memilih untuk muat naik kemudian, fail boleh dihantar melalui WeTransfer atau emel ke
[email protected] dengan menyertakan nombor pesanan.